Aprikot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.
Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dahulu.
Aprikot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Aprikot telah diperkenalkan di Eropah semasa zaman Alexander The Great.
Aprikot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gulanya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak. Aprikot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi perbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari aprikot telah digunakan didalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.
Di China ubat yang digelar Aprikot Gold diperbuat daripada biji Aprikot dan pokoknya ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur. Aprikot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan Kuprum dalam buah adalah sedikit, namun mineral itu dapat menjadikan zat besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh.
Yang paling penting biji Aprikot kaya dengan Vitamin B17 yang mampu mengubati pelbagai penyakit merbahaya seperti kanser, kencing manis, penyakit jantung, gout dan anti penuaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan